Firman Allah: “Sesungguhnya
engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih
tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” (Surah
Al-Qasas ayat 56).
Sebagaimana firman Allah S.W.T, hanya
Dia sahaja yang dapat memberikan hidayah itu kepada sesiapa yang
dikehendakiNya, bergantung kepada kita umat mukmin supaya berusaha untuk
mendapatkannya atau kita hanya menanti sehingga hidayah itu kunjung tiba?
Mesti pernah sedetik
atau sekelumit jua perasaan kita berkata ingin berubah, suara hidayah yang
berbisik-bisik agar kita berubah ke jalan Allah. Adakah kita menepis sehabis
mungkin, mendengar segala bisikan-bisikan syaitan dan godaannya atau di
sebaliknya?
Untuk memperoleh
hidayah Allah, kita bukan hanya perlu menunggu sehingga hidayah itu datang,
kita perlu berusaha untuk menggapainya. Bagaimana caranya? Lantaran itu
lakukanlah perubahan, yang buruk perbanyakkan kebaikkannya, yang baik tidak
salah jika mahu menjadi yang lebih baik. InsyaAllah dengan berkat kita berdoa,
berusaha dan bertawakal apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah S.W.T.
dengan izinNya.
Terkejut apabila kepalanya melekat lebih
setengah jam pada sejadah ketika melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam
sujud yg lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan
aurat dipanggang di api neraka yg amat dahsyat. Nauzubillah min zalik....
Biodata Profil Yatt
Hamzah
NAMA SEBENAR:
Haryati Hamzah
NAMA KOMERSIAL:
Yatt Hamzah
TARIKH LAHIR: 13
April 1980
TEMPAT LAHIR: Muar,
Johor
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Abdul
Mutalib Abdul Shukor
ANAK: Suci Hanania
Malika, lima bulan
PENDIDIKAN: Ijazah
Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa & Pengajian
Media.
KERJAYA: Model,
pengacara dan pelakon.
ANTARA DRAMA: Nasi
Lemak Kukus, Rencong, Kaber Hero Kaber Zero, Hidayah, Bella dan Ritma Kolej,
Rendang Raya Mak Tijah, Slot lagenda Ular Emas
FILEM: Impak
Maksima dan Kecoh Betul
Tidak mustahil manusia
yang kaki botol, kaki perempuan, kaki lepak, kaki bunuh dan berbagai jenis kaki
lagi sekalipun dan jahat sekalipun, jika diizinkan Allah s.w.t hidayah itu menyapa dan mengetuk pintu
hati mereka untuk kembali ke pangkal jalan, mereka mungkin boleh berubah
menjadi kaki masjid, kaki solat, kaki sedekah, kaki mengaji,dan selainnya. Semua tue x mustahil kn?? Syukur, Alhamdulillah...,sekarang ramai sudah artis2 berubah daripada tidak memakai tudung hingga pakai tudung.
Jika Allah hendak memberikan An-Nur kepada
hamba-Nya yang dikehendaki, hati yang dibaluti dan diselaputi hitamnya dosa dan
noda sekalipun cahaya hidayah mampu menembusi hatinya. Marilah kita
bersama-sama mencari cahaya itu dan membuka pintu hati kita seluas-luasnya
untuk menerima hidayah Allah S.W.T. Moga hidup kita ini diberkati oleh-Nya...,
Wallahu’alam…
No comments:
Post a Comment