-->

Panglima Rayyan Blog


Get Your Own Scroller

Tuesday, May 15, 2012

Kepala Yatt Melekat



Firman Allah: “Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” (Surah Al-Qasas ayat 56).
Sebagaimana firman Allah S.W.T, hanya Dia sahaja yang dapat memberikan hidayah itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, bergantung kepada kita umat mukmin supaya berusaha untuk mendapatkannya atau kita hanya menanti sehingga hidayah itu kunjung tiba?
Mesti pernah sedetik atau sekelumit jua perasaan kita berkata ingin berubah, suara hidayah yang berbisik-bisik agar kita berubah ke jalan Allah. Adakah kita menepis sehabis mungkin, mendengar segala bisikan-bisikan syaitan dan godaannya atau di sebaliknya?
Untuk memperoleh hidayah Allah, kita bukan hanya perlu menunggu sehingga hidayah itu datang, kita perlu berusaha untuk menggapainya. Bagaimana caranya? Lantaran itu lakukanlah perubahan, yang buruk perbanyakkan kebaikkannya, yang baik tidak salah jika mahu menjadi yang lebih baik. InsyaAllah dengan berkat kita berdoa, berusaha dan bertawakal apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah S.W.T. dengan izinNya.



Terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yg lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang di api neraka yg amat dahsyat. Nauzubillah min zalik....
Biodata Profil Yatt Hamzah

NAMA SEBENAR: Haryati Hamzah
NAMA KOMERSIAL: Yatt Hamzah
TARIKH LAHIR: 13 April 1980
TEMPAT LAHIR: Muar, Johor
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Abdul Mutalib Abdul Shukor
ANAK: Suci Hanania Malika, lima bulan
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa & Pengajian
Media.
KERJAYA: Model, pengacara dan pelakon.
ANTARA DRAMA: Nasi Lemak Kukus, Rencong, Kaber Hero Kaber Zero, Hidayah, Bella dan Ritma Kolej, Rendang Raya Mak Tijah, Slot lagenda Ular Emas
FILEM: Impak Maksima dan Kecoh Betul

Tidak mustahil manusia yang kaki botol, kaki perempuan, kaki lepak, kaki bunuh dan berbagai jenis kaki lagi sekalipun dan jahat sekalipun, jika diizinkan Allah s.w.t hidayah itu menyapa dan mengetuk pintu hati mereka untuk kembali ke pangkal jalan, mereka mungkin boleh berubah menjadi kaki masjid, kaki solat, kaki sedekah, kaki mengaji,dan selainnya. Semua tue x mustahil kn?? Syukur, Alhamdulillah...,sekarang ramai sudah artis2 berubah daripada tidak memakai tudung hingga pakai tudung. 
Jika Allah hendak memberikan An-Nur kepada hamba-Nya yang dikehendaki, hati yang dibaluti dan diselaputi hitamnya dosa dan noda sekalipun cahaya hidayah mampu menembusi hatinya. Marilah kita bersama-sama mencari cahaya itu dan membuka pintu hati kita seluas-luasnya untuk menerima hidayah Allah S.W.T. Moga hidup kita ini diberkati oleh-Nya...,
Wallahu’alam…


Posted by rayyan darwish at Tuesday, May 15, 2012 No comments:

Friday, May 11, 2012

Resepi standard fried morning glory.



Resepi standard fried morning glory.
Bahan
Kuantiti
1.    Morning glory @ kangkung air
2.    Bawang putih (dicincang)
3.    Cili merah thai (dihiris)
4.    Taucu
5.    Sos ikan
6.    Sos tiram
7.    Gula
8.    Minyak
2 ikat @ 800 g
5 biji
6 biji
2 sudu besar
1 sudu besar
1 sudu besar
1 sudu besar

Prosedur memasak
1.   Siang daun kankung dan potong batang kangkung dalm 5 cm panjang. Asingkan daun dan batang.
2.    Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan kangkung dan goreng seketika. Kemudian capurkan kesemua bahan dan goreng lagi selam 2 minit.
3.    Angkat dan hidangkan.

Posted by rayyan darwish at Friday, May 11, 2012 No comments:

Resepi standard wun mamuang (thai coconut- mango jelly)




Resepi standard wun mamuang (thai coconut- mango jelly)
Bahan
Kuantiti
A.    Lapisan bawah
1.    Agar- agar serbuk
2.    Air
3.    Gula
4.    Santan
5.    Puree mangga
B.    Lapisan atas
1.    Agar-agar serbuk
2.    Air
3.    Gula
4.    Garam
5.    Puree mangga
6.    Mangga (dipotong dadu)

1 sudu besar
375 ml
50 g
250 ml
250 ml

½ sudu besar
375 ml
2 sudu besar
¼ sudu teh
60 ml
2 biji

Prosedur memasak
Bahagian A
1.    Campurkan semua bahan A kecuali puree mangga ke dalam periuk dan didihkan dengan api perlahan.
2.    Apabila gula telah hancur,angkat periuk dari api an ketepikan. Biarkan ia separuh sejuk. Kemudian campurkan puree mangga dan kacau rata.
3.    Tuang ke dalam acuan ¾ penuh dan sejukkan selam 20 minit.
Bahagian B
1.    Campurkan kesemua bahan B kecuali puree mangga dan isi mangga dadu. Masak diatas api hingga mendidih. Kemudian angkat.
2.    Masukkan puree mangga dan kacau rata.
3.    Susun mangga yang dipotong dadu di atas lapisan pertama (A) tadi. Kemudian tuangkan lapisan B. sejukkan dan sedia untuk dihidang.


Posted by rayyan darwish at Friday, May 11, 2012 No comments:

Resepi standard Ayam gril serai



Resepi standard Ayam gril serai
Bahan
Kuantiti
Ayam gril
1.    Dada ayam
2.    Putih telur
3.    Lada merah (dibuang biji dan dicincang)
4.    Daun bawang (dihiris)
5.    Lobak merah (diparut)
6.    Daun ketumbar (dicincang)
7.    Minyak masak
8.    Serai ( dibelah 2 memanjang)
9.    Tepung jagung
10.  Garam dan lada sulah

Sos cuka manis
1.    Lada merah
2.    Bawang putih
3.    Garam
4.    Gula
5.    Cuka

Hiasan : Daun parsli

330g
1 biji
1 biji

2 tangkai
200 g
5 g
10 ml (1 sudu besar)
5 batang
25 g
Secukupnya


125 g
15 g
5 g (1 sudu teh)
35 g (2 sudu besar)
45 ml (1/4 cawan)

1 tangkai


Prosedur memasak.
·         Ayam gril
1.    Kisar ayam bersama –sama putih telur.
2.    Masukkan lobak merah yang diparut, lada merah, daun bawang, daun ketumbar dan tepung jagung. Gaul rata.
3.    Sejukkan adunan dalam peti ais selama 15 minit.
4.    Bahagikan adunan kepada 8 porsi. Dengan mengunakan tangan, bentukkan adunan pada batang serai (seperti sebatang aiskrim)
5.    Sapukan minyak pada ayam yang telah dibentuk. Kemudian, gril dengan api yang sederhana.
6.    Balik-balikan ayam supaya ayam masak rata.

·         Sos cuka manis
1.  Campurkan semua bahan sos dan didihkan. Sesuaikan rasanya.
2.   Hidangkan bersama ayam gril sera dan hias dengan daun parsli.\

Posted by rayyan darwish at Friday, May 11, 2012 No comments:
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

My Blog List

  • PANGLIMA RAYYAN SHOP - P.R.S
    Handbags style 2014
    11 years ago
  • Jeidiey Photography
    Gambar Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
    12 years ago

Feedjit


Wish List

watch G-shock
IPad2
blackberry/iphone
ipod touch
CAMERA DSLR
Ijazah
Paratrooper
Master

aku insan yang lemah

<---Dalam hati saya,

Ada seorang wanita..saya syg sngat dia...saya cintakan dia...bagi saya dialah wanita paling cantik dan indah yang pernah saya lihat ...saya x sanggup kehilangan dia...dia rindu saya dan saya rindu dia...bila dia senyum saya suka..bila dia gembira saya bahagia...saya sayang mak saya....♥

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2014 (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (12)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2012 (21)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (2)
    • ▼  May (4)
      • Kepala Yatt Melekat
      • Resepi standard fried morning glory.
      • Resepi standard wun mamuang (thai coconut- mango j...
      • Resepi standard Ayam gril serai
    • ►  April (1)
    • ►  January (7)
  • ►  2011 (1)
    • ►  January (1)

Panglima clock


cursor

 

dashboard



Facebook




Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.