-->

Panglima Rayyan Blog


Get Your Own Scroller

Tuesday, December 25, 2012

Patung Yesus Tertinggi di AS Disambar Petir Dan Terbakar


Subhanallah.....,patung Yesus merupakan patung tertinggi di USA telah disambar petir dan terbakar. Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t.

Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah SWT ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya. (ali-‘Imran: 19)



Posted by rayyan darwish at Tuesday, December 25, 2012 No comments:

Monday, December 17, 2012

Kisah Julaibib



Pada zaman Rasulullah SAW terdapat seorang pemuda Ansar yang kurang menarik raut wajahnya dan tubuhnya agak pendek sedikit. Pemuda yang bernama Julaibib ini, sedang berusaha untuk mencari seorang perempuan yang sesuai untuk dijadikan isterinya tetapi malangnya tidak ada seorang pun yang sudi untuk bermenantu atau bersuamikan Julaibib.
Maka pergilah Julaibib bertemu Rasulullah SAW untuk mengadukan masalahnya itu. Apabila diketahui oleh Rasulullah SAW akan masalah Julaibib, lantas baginda sendiri berusaha mencarikan jodoh buat Julaibib. Maka bertemulah Rasulullah SAW dengan salah seorang sahabatnya dan menyatakan hajatnya,” Wahai fulan, engkau kahwinkanlah aku dengan anak gadismu.” ” Baiklah, aku terima dengan senang hati,” jawab sahabat tersebut. ” Tetapi pinangan ini bukan untuk aku,” kata Rasulullah selanjutnya. “Untuk siapa?”. Pada mulanya dia sangka Rasulullah SAW ingin meminang anaknya untuk dirinya sendiri. ” Untuk Julaibib,” jawab Rasulullah SAW. ” Wahai Rasulullah, kalau begitu berilah aku tempoh agar dapat aku bermusyawarah bersama ibunya dahulu.”
Dia pun segera pulang ke rumahnya. Di dalam hatinya timbul pertanyaan bagaimanakah nanti kalau isterinya menolak hajat Rasulullah. Jika menolak pinangan Rasulullah tentulah tidak baik bagi orang Mukmin. Tetapi kalau dia menerima pun tentu dia teruji dengan bermenantukan Julaibib yang dianggap orang sebagai lelaki yang tidak laku. ” Rasulullah SAW meminang anak gadis engkau,” katanya kepada isterinya sebaik saja dia sampai ke rumah. “Aku terima dengan hati yang terbuka,” sahut isterinya. ” Tetapi bukan untuk beliau…” ” Jadi untuk siapa?” “Untuk pemuda yang bernama Julaibib.” ” Untuk Julaibib. Aku tidak akan mengahwinkan anakku dengan dia, demi Allah,” jawab isterinya dengan tegas sekali. Mendengar itu, dengan segera dia kembali menemui Rasulullah SAW dan menyampaikan penolakan isterinya. Tiba-tiba terjadi sesuatu yang tidak terduga sama sekali.
Rupa-rupanya anak gadisnya sendiri telah mendengar perundingan kedua orang tuanya. Dia kesal kerana kedua ibu bapanya menolak pinangan Julaibib yang bererti menolak ketentuan Rasulullah SAW. “Apakah ibu dan ayah akan menolak keputusan Rasulullah SAW?” Anak gadis itu bertanya kepada kedua ibu bapanya. ” Beritahukan kepada Rasulullah SAW aku menerimanya kerana baginda tidak akan membiarkan aku tersia-sia.”
Demikian yakinnya gadis itu kepada keputusan Rasulullah SAW.  Mendengar ketegasan anaknya, sahabat itu pun segera kembali bertemu Rasulullah. ” Permintaan tuan diterima,” katanya kepada Rasulullah. Maka Rasulullah pun segera mengahwinkan Julaibib dengan anak perempuannya itu. ” Ya Allah, limpahkanlah keberkatan ke atas anak gadis ini dengan sepenuhnya dan janganlah Engkau biarkan hidupnya dalam keadaan susah payah,” Doa Rasulullah SAW untuk pasangan pengantin baru itu.
Peristiwa ini sangat besar ertinya sampaikan ahli sejarah tidak menyebut-nyebut nama gadis ini dan orang tuanya, disebabkan ketinggian iman gadis itu menyambut ketentuan Allah dan Rasul-Nya lebih dari kepentingan diri mereka. Julaibib sebenarnya seorang pahlawan ulung walaupun agak hodoh rupanya. Dia akhirnya syahid ketika menyertai peperangan bersama Rasulullah SAW. Baginda sendiri yang menguburkan jenazahnya. Isterinya setelah itu menjadi balu terhormat sepeninggalannya. Kedua pasangan suami isteri ini mendapat penghargaan dari Rasulullah SAW. Julaibib kerana beraninya manakala isterinya kerana nilai imannya yang tinggi. Begitulah tingginya iman gadis tersebut.
Tatkala dia menerima ketentuan Allah dan Rasul-Nya, pandangannya jauh ke depan. Dia tidak sedikit pun buruk sangka dengan Rasulullah SAW yang menjodohkannya dengan Julaibib yang terkenal tiada rupa. Malahan dia sedar, itulah jodohnya yang sesuai buat dirinya. Dia tahu sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, dan kasih sayang Allah lebih dari sayangnya seorang ibu terhadap anaknya. Jadi tentulah Allah tidak saja-saja hendak mempersia-siakan hidupnya dengan menjodohkannya dengan Julaibib. Sudah pasti ada hikmah besar di sebalik perkahwinan itu nanti. Sebab itulah dia redha dengan pilihan Rasulullah SAW untuk dirinya.
Sampai suatu masa, Julaibib telah menyertai sebuah perperangan, dan telah berjaya membunuh 7 orang musuh dan dia juga berjaya memperolehi syahid di jalan Allah. Rasulullah s.a.w. memeriksa nama-nama sahabat yang gugur syahid, tetapi sahabat2 yang melaporkan senarai nama tu terlupa akan Julaibib. Nak kata punya low profile Julaibib ni sampai boleh terlupa nama dia. Tetapi, Rasulullah tetap ingat! Bahkan baginda berkata,"Tapi, aku merasa kehilangan Julaibib.", akhirnya, Nabi s.a.w. menemukan jenazah beliau yang ditutupi pasir, lalu membersihkan pasir dari wajahnya. Hebatnya Julaibib, sampai Rasulullah sendiri merasakan kehilangannya walaupun namanya tiada dalam official list yang diberikan oleh sahabat2 lain.

Lantas, Rasulullah s.a.w. berkata, "Ternyata engkau telah membunuh 7 orang musuhmu kemudian engkau sendiri terbunuh. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu." 3 kali Nabi ulang ayat yang sama, menunjukkan betapa tingginya darjat Julaibib yang syahid di jalan Allah di sisi Nabi Muhammad s.a.w.

Tidakkah kita mahu menjadi umat yang dihargai Nabi? Bukan harta yang dipandang, bukan kedudukan yang dilihat, tetapi, iman dan pengorbanan yang menjadi ukuran! Aku akhiri cerita ini dgn suatu firman Allah S.W.T. yg bermaksud: "Barangsiapa menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa menghendaki keuntungan di dunia kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bahagian di akhirat" (Asy-Syura:20)

Begitulah ketinggian imannya, dia menghargai pilihan Rasulullah yang mana dia yakin tentu Rasulullah tidak akan membuatnya terhina dengan mengahwinkannya dengan Julaibib. Demikianlah yang sepatutnya kita contohi. Bilamana ada orang datang meminang, janganlah dipentingkan sangat tentang rupa dan kedudukannya, tetapi utamakanlah tentang akhlak, ilmu dan agama yang ada pada dirinya. Agar dengan itu bukan sahaja dia dapat memberi kebahagiaan di dunia bahkan suami yang beriman dapat membimbing isteri dan keluarganya untuk mencapai kebahagiaan yang lebih hakiki di Akhirat kelak. Hanya rumah tangga yang ditadbirkan oleh orang-orang yang beriman sahaja yang akan aman damai dan harmoni laksana sebuah syurga yang indah. Itulah yang dikataka syurga yang disegerakan.
Apalah ertinya rupa yang cantik dan kedudukan yang tinggi, tapi rumah tangga porak peranda. Suami curang terhadap isteri, manakala isterinya juga bermain kayu tiga di belakang suami. Apalah yang dibanggakan dengan harta kekayaan yang melimpah ruah tetapi hati tetap tidak senang malah selalu bimbang dan cemas kerana diburu orang ke mana pergi. Memadailah rezeki yang sedikit yang Allah kurniakan tetapi berkat. Memadailah dengan suami yang dijodohkan tiada rupa asalkan suami tersebut dapat memberi kebahagiaan di dunia dan lebih-lebih lagi Akihrat.



Posted by rayyan darwish at Monday, December 17, 2012 No comments:

Monday, December 10, 2012

Kebenaran ayat Al-Quran...,subhanallah....,surah Al-Isra' ayat 4-7.


ALLAHUAKBAR!!!
ALLAHUAKBAR! Tersentak seketika. Peristiwa yang berlaku antara Israel dan Palestin telah pun Allah nyatakan dengan jelas dalam Al-Quran. Allah Allah Allah..

 MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat2 ini, dan sedang berlaku di depan mata...Subhanallah,

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.









Tentera Hamas yg turut dikenali sebagai Tentera Malaikat merupakan tentera yang hebat dan berjaya mengerunkan pihak Israel Laknatullah....,Subhanallah...!!!!
Posted by rayyan darwish at Monday, December 10, 2012 No comments:

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?


Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?


Penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa sedang dijalankan..

Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam. 





Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk "membangkitkan semula "Temple of Solomon." iaitu Kuil Sulaiman.
Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan "Kuil Sulaiman" terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.

Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan.


Mereka begitu bangga dengan hasil kerja mereka (gambar di bawah Masjid)
Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!

Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa

Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman". Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.

Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.

Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin "baik" atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.

Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai "Knights of the temple of Solomon" (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.

Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.

Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa 'kuasa' itu adalah Allah yang nyata.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai "Free Mason". Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.

Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat "all seeing eye" yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra dan Mata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.
Tuhan Ra


Tuhan Osiris

Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan "harta rahsia" ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?
Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu "Dajjal".

Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal

1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.

2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.

3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.

4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak "bermata satu". Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar "kedatangan" Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah "Master of Deception".

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya "tanah yang dijanjikan". Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?

Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.
Gambaran Temple of Salomon oleh pelukis

Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa. 


Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.
 Sumber
Posted by rayyan darwish at Monday, December 10, 2012 No comments:

Sunday, November 4, 2012

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM



TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM
Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai di kalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan" 
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihatkan dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperoleh tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu sama ada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT sama ada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sembahyang malam.
3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Posted by rayyan darwish at Sunday, November 04, 2012 No comments:

Tuesday, October 16, 2012

Meneroka keindahan Broga Hill

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan ku...,dh lama aku x update blog nie...,sementara ada masa terluang nie...,aku update la sikit blog aku nie...,huhuhu...,

Pada hujung minggu lepas, 14hb 10 2012....,aku bersama-sama rakan aku pergi ke Broga Hill..,rancangan untuk ke Broga Hill nie sebenarnya kawan aku yang pnya perancangan...,dia yang menjemput aku untuk join sekali...,alang-alang dah orang jemput g...,apa lagi...,aku terima jew la tawaran tue...,kihkih.., Perjalanan kami ke Broga Hill pada sebelah pagi lebih kurang 4.30 pagi....,mula2 cadang nk ambik gambar sunrise kt atas puncak sana tapi disebabkan terdapat kekangan yang x dapat dielakkan...,xdapat la tengok sunrise..,hihi...,
Kami semua sampai di kaki bukit Broga lebih kurang pukul 7 pagi dan terus mendaki Broga Hill secepat yang boleh....,huhu..,jalan licin nk naik ke puncak..,so,kna berhati2..,xsangka plak ramai yang datang ke sini...,memang famous la tmpat nie... huhu...,kt bawah nie ada sedikit tatapan untuk anak mata bagi melihat keindahan ciptaan Ilahi di Broga Hill nie...,moga terhibur....,
















macam mane??? cantik x Broga Hill nie...,so,sapew2 nk datang dan tengok keindahan Broga Hill nie...,sila la datang ea....,huhu...,ok...,daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......
Posted by rayyan darwish at Tuesday, October 16, 2012 No comments:

Wednesday, September 12, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025




KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara.
Laporan awal pelan itu yang memaparkan visi sistem pendidikan dan pelajar yang Malaysia perlu dan berhak miliki, memperincikan anjakan yang diperlukan  untuk mencapai objektif tersebut.
Terdahulu laporan berkenaan dibentang Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini.

Menurut dokumen itu, Kementerian Pelajaran berharap usaha tersebut akan memperjelaskan kepada masyarakat usaha mengubah sistem pendidikan negara dan akan mendapatkan maklum balas daripada komuniti  mengenai laporan awal berkenaan sebelum pelan dimuktamadkan pada Disember ini.
Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem; dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Pelan itu menyasarkan hasil pada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan.
Pelan turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.
Sebelas anjakan yang digariskan kementerian ialah:

1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;

2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris;

3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;

4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;

5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;

6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;

7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;

8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian;

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta;

10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;

11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum

Laporan itu juga menyatakan Kementerian Pelajaran melancarkan semakan menyeluruh sistem pendidikan pada Oktober 2011 bagi membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan baharu tersebut.

Menurut laporan itu, keputusan tersebut dibuat dalam konteks peningkatan standard pendidikan antarabangsa, aspirasi kerajaan untuk mempersiapkan kanak-kanak di Malaysia dalam menghadapi abad ke-21 serta harapan menggunung masyarakat serta ibu bapa terhadap dasar pendidikan.
Dalam tempoh setahun, lebih 50,000 pegawai kementerian, guru, pengetua, ibu bapa, pelajar dan orang ramai dilibatkan dalam pelbagai bentuk perbincangan.

Kementerian juga melantik panel 12 pakar tempatan dan sebuah panel empat pakar antarabangsa bagi memberi input mengenai hasil semakan. - Bernama


Posted by rayyan darwish at Wednesday, September 12, 2012 No comments:

Tuesday, June 12, 2012

Bahang Kehangatan EURO 2012!!!



Tahun ini, tahun 2012 boleh jgk dikatakan sarat dengan pelbagai acara sukan penting termasuklah kejohanan Euro 2012 di mana Poland dan Ukraine akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola sepak kedua terbesar di dunia ini. Pejam celik pejam celik, kejohanan Euro 2012 sudah pun dirasai bahang kehangatannya.


Aku yang tinggal kt kolej nie selalu jew dengar jeritan dari tingkat atas bangunan kolej aku dan kedai makan yang berada di hadapan kolej aku nie...,sebelum nie pukul 12 dh tutup tapi sebab kehangatan Kejohanan EURO 2012, dia lanjutkan operasi perniagaan dya sampai pkul 4 pagi...,sapew2 nk makan burger..,boleh la lepak kt kedai dya sambil tgk bola...,hihi...,setiap kali gol or bola hendak dijaringkan, bergema la kolej aku nie dengan jeritan "GOOOOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL" walaupown kadang2 xgol...,hehehehe..,
Tapi kshan jgk org yg nk tidow nie...,xlena dibuatnya bila dengar sorakan dari pmnat2 bola nie tapi apa boleh buat..,sabar jew la....,hihi




Nie jadual EURO 2012 berdasarkan waktu MALAYSIA. So, take note la tentang perlawanan yg diadakan nie agar x terlepas siaran langsung kalo ada di ASTRO..,huhu...,kt bawah nie jgk aku sertakan link EURO 2012 Live Streaming kalo ada perlawanan berlangsung.
klik disini :

http://www.thefirstrow.eu/
http://www.mieneaststar.com/2012/06/live-streaming-euro-2012.html





Jadual EURO 2012 (Perlawanan Kumpulan A)
Semak jadual Euro 2012 waktu Malaysia bagi kumpulan A (Poland, Greece, Rusia dan Republic Czech)
§  8 Jun – 11:55 malam | POLAND vs GREECE
§  9 Jun – 02:45 pagi | RUSSIA vs REP CZECH
§  13 Jun – 02:45 pagi | POLAND vs RUSSIA
§  13 Jun – 11:55 malam | GREECE vs REP CZECH
§  17 Jun  – 02:45 pagi | GREECE vs RUSSIA
§  17 Jun – 02:45 pagi | REP CZECH vs POLAND

Jadual EURO 2012 (Perlawanan Kumpulan B)

Semak jadual Euro 2012 waktu Malaysia bagi kumpulan B (Belanda, Denmark, Jerman dan Portugal)
§  9 Jun – 11:55 malam | BELANDA vs DENMARK
§  10 Jun – 02:45 pagi | JERMAN vs PORTUGAL
§  13 Jun – 11:55 malam | DENMARK vs PORTUGAL
§  14 Jun – 02:45 pagi | BELANDA vs JERMAN
§  18 Jun - 02:45 pagi | PORTUGAL vs BELANDA
§  18 Jun – 02:45 pagi | DENMARK VS JERMAN


Jadual EURO 2012 (Perlawanan Kumpulan C)

Semak jadual Euro 2012 waktu Malaysia bagi kumpulan C (Sepanyol, Itali, Ireland dan Croatia)
§  10 Jun – 11:55 malam | SEPANYOL vs ITALI
§  11 Jun– 02:45 pagi | IRELAND vs CROATIA
§  14 Jun – 02:45 pagi | SEPANYOL vs IRELAND
§  14 Jun – 11:55 malam | ITALI vs CROATIA
§  18 Jun – 02:45 pagi | CROATIA vs SEPANYOL
§  18 Jun – 02:45 pagi | ITALI vs IRELAND


JadualEURO 2012 (Perlawanan Kumpulan D)

Semak jadual Euro 2012 waktu Malaysia bagi kumpulan D (Perancis, England, Ukraine dan Sweden)
§  11 Jun – 11:55 malam | PERANCIS vs ENGLAND
§  12 Jun – 02:45 pagi | UKRAINE vs SWEDEN
§  15 Jun – 11:55 malam | SWEDEN vs ENGLAND
§  16 Jun – 02:45 pagi | UKRAINE vs PERANCIS
§  20 Jun – 02:45 pagi | ENGLAND vs UKRAINE
§  20 Jun – 02:45 pagi | SWEDEN vs PERANCIS


K...,selamat menonton...,daaaaaaaaaa....,

Posted by rayyan darwish at Tuesday, June 12, 2012 No comments:
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

My Blog List

  • PANGLIMA RAYYAN SHOP - P.R.S
    Handbags style 2014
    11 years ago
  • Jeidiey Photography
    Gambar Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
    12 years ago

Feedjit


Wish List

watch G-shock
IPad2
blackberry/iphone
ipod touch
CAMERA DSLR
Ijazah
Paratrooper
Master

aku insan yang lemah

<---Dalam hati saya,

Ada seorang wanita..saya syg sngat dia...saya cintakan dia...bagi saya dialah wanita paling cantik dan indah yang pernah saya lihat ...saya x sanggup kehilangan dia...dia rindu saya dan saya rindu dia...bila dia senyum saya suka..bila dia gembira saya bahagia...saya sayang mak saya....♥

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2014 (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (12)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2012 (21)
    • ▼  December (4)
      • Patung Yesus Tertinggi di AS Disambar Petir Dan Te...
      • Kisah Julaibib
      • Kebenaran ayat Al-Quran...,subhanallah....,surah A...
      • Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?
    • ►  November (1)
      • TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM
    • ►  October (1)
      • Meneroka keindahan Broga Hill
    • ►  September (1)
      • Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
    • ►  June (2)
      • Bahang Kehangatan EURO 2012!!!
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  January (7)
  • ►  2011 (1)
    • ►  January (1)

Panglima clock


cursor

 

dashboard



Facebook




Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.