-->

Panglima Rayyan Blog


Get Your Own Scroller

Monday, December 17, 2012

Kisah Julaibib



Pada zaman Rasulullah SAW terdapat seorang pemuda Ansar yang kurang menarik raut wajahnya dan tubuhnya agak pendek sedikit. Pemuda yang bernama Julaibib ini, sedang berusaha untuk mencari seorang perempuan yang sesuai untuk dijadikan isterinya tetapi malangnya tidak ada seorang pun yang sudi untuk bermenantu atau bersuamikan Julaibib.
Maka pergilah Julaibib bertemu Rasulullah SAW untuk mengadukan masalahnya itu. Apabila diketahui oleh Rasulullah SAW akan masalah Julaibib, lantas baginda sendiri berusaha mencarikan jodoh buat Julaibib. Maka bertemulah Rasulullah SAW dengan salah seorang sahabatnya dan menyatakan hajatnya,” Wahai fulan, engkau kahwinkanlah aku dengan anak gadismu.” ” Baiklah, aku terima dengan senang hati,” jawab sahabat tersebut. ” Tetapi pinangan ini bukan untuk aku,” kata Rasulullah selanjutnya. “Untuk siapa?”. Pada mulanya dia sangka Rasulullah SAW ingin meminang anaknya untuk dirinya sendiri. ” Untuk Julaibib,” jawab Rasulullah SAW. ” Wahai Rasulullah, kalau begitu berilah aku tempoh agar dapat aku bermusyawarah bersama ibunya dahulu.”
Dia pun segera pulang ke rumahnya. Di dalam hatinya timbul pertanyaan bagaimanakah nanti kalau isterinya menolak hajat Rasulullah. Jika menolak pinangan Rasulullah tentulah tidak baik bagi orang Mukmin. Tetapi kalau dia menerima pun tentu dia teruji dengan bermenantukan Julaibib yang dianggap orang sebagai lelaki yang tidak laku. ” Rasulullah SAW meminang anak gadis engkau,” katanya kepada isterinya sebaik saja dia sampai ke rumah. “Aku terima dengan hati yang terbuka,” sahut isterinya. ” Tetapi bukan untuk beliau…” ” Jadi untuk siapa?” “Untuk pemuda yang bernama Julaibib.” ” Untuk Julaibib. Aku tidak akan mengahwinkan anakku dengan dia, demi Allah,” jawab isterinya dengan tegas sekali. Mendengar itu, dengan segera dia kembali menemui Rasulullah SAW dan menyampaikan penolakan isterinya. Tiba-tiba terjadi sesuatu yang tidak terduga sama sekali.
Rupa-rupanya anak gadisnya sendiri telah mendengar perundingan kedua orang tuanya. Dia kesal kerana kedua ibu bapanya menolak pinangan Julaibib yang bererti menolak ketentuan Rasulullah SAW. “Apakah ibu dan ayah akan menolak keputusan Rasulullah SAW?” Anak gadis itu bertanya kepada kedua ibu bapanya. ” Beritahukan kepada Rasulullah SAW aku menerimanya kerana baginda tidak akan membiarkan aku tersia-sia.”
Demikian yakinnya gadis itu kepada keputusan Rasulullah SAW.  Mendengar ketegasan anaknya, sahabat itu pun segera kembali bertemu Rasulullah. ” Permintaan tuan diterima,” katanya kepada Rasulullah. Maka Rasulullah pun segera mengahwinkan Julaibib dengan anak perempuannya itu. ” Ya Allah, limpahkanlah keberkatan ke atas anak gadis ini dengan sepenuhnya dan janganlah Engkau biarkan hidupnya dalam keadaan susah payah,” Doa Rasulullah SAW untuk pasangan pengantin baru itu.
Peristiwa ini sangat besar ertinya sampaikan ahli sejarah tidak menyebut-nyebut nama gadis ini dan orang tuanya, disebabkan ketinggian iman gadis itu menyambut ketentuan Allah dan Rasul-Nya lebih dari kepentingan diri mereka. Julaibib sebenarnya seorang pahlawan ulung walaupun agak hodoh rupanya. Dia akhirnya syahid ketika menyertai peperangan bersama Rasulullah SAW. Baginda sendiri yang menguburkan jenazahnya. Isterinya setelah itu menjadi balu terhormat sepeninggalannya. Kedua pasangan suami isteri ini mendapat penghargaan dari Rasulullah SAW. Julaibib kerana beraninya manakala isterinya kerana nilai imannya yang tinggi. Begitulah tingginya iman gadis tersebut.
Tatkala dia menerima ketentuan Allah dan Rasul-Nya, pandangannya jauh ke depan. Dia tidak sedikit pun buruk sangka dengan Rasulullah SAW yang menjodohkannya dengan Julaibib yang terkenal tiada rupa. Malahan dia sedar, itulah jodohnya yang sesuai buat dirinya. Dia tahu sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, dan kasih sayang Allah lebih dari sayangnya seorang ibu terhadap anaknya. Jadi tentulah Allah tidak saja-saja hendak mempersia-siakan hidupnya dengan menjodohkannya dengan Julaibib. Sudah pasti ada hikmah besar di sebalik perkahwinan itu nanti. Sebab itulah dia redha dengan pilihan Rasulullah SAW untuk dirinya.
Sampai suatu masa, Julaibib telah menyertai sebuah perperangan, dan telah berjaya membunuh 7 orang musuh dan dia juga berjaya memperolehi syahid di jalan Allah. Rasulullah s.a.w. memeriksa nama-nama sahabat yang gugur syahid, tetapi sahabat2 yang melaporkan senarai nama tu terlupa akan Julaibib. Nak kata punya low profile Julaibib ni sampai boleh terlupa nama dia. Tetapi, Rasulullah tetap ingat! Bahkan baginda berkata,"Tapi, aku merasa kehilangan Julaibib.", akhirnya, Nabi s.a.w. menemukan jenazah beliau yang ditutupi pasir, lalu membersihkan pasir dari wajahnya. Hebatnya Julaibib, sampai Rasulullah sendiri merasakan kehilangannya walaupun namanya tiada dalam official list yang diberikan oleh sahabat2 lain.

Lantas, Rasulullah s.a.w. berkata, "Ternyata engkau telah membunuh 7 orang musuhmu kemudian engkau sendiri terbunuh. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu." 3 kali Nabi ulang ayat yang sama, menunjukkan betapa tingginya darjat Julaibib yang syahid di jalan Allah di sisi Nabi Muhammad s.a.w.

Tidakkah kita mahu menjadi umat yang dihargai Nabi? Bukan harta yang dipandang, bukan kedudukan yang dilihat, tetapi, iman dan pengorbanan yang menjadi ukuran! Aku akhiri cerita ini dgn suatu firman Allah S.W.T. yg bermaksud: "Barangsiapa menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa menghendaki keuntungan di dunia kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bahagian di akhirat" (Asy-Syura:20)

Begitulah ketinggian imannya, dia menghargai pilihan Rasulullah yang mana dia yakin tentu Rasulullah tidak akan membuatnya terhina dengan mengahwinkannya dengan Julaibib. Demikianlah yang sepatutnya kita contohi. Bilamana ada orang datang meminang, janganlah dipentingkan sangat tentang rupa dan kedudukannya, tetapi utamakanlah tentang akhlak, ilmu dan agama yang ada pada dirinya. Agar dengan itu bukan sahaja dia dapat memberi kebahagiaan di dunia bahkan suami yang beriman dapat membimbing isteri dan keluarganya untuk mencapai kebahagiaan yang lebih hakiki di Akhirat kelak. Hanya rumah tangga yang ditadbirkan oleh orang-orang yang beriman sahaja yang akan aman damai dan harmoni laksana sebuah syurga yang indah. Itulah yang dikataka syurga yang disegerakan.
Apalah ertinya rupa yang cantik dan kedudukan yang tinggi, tapi rumah tangga porak peranda. Suami curang terhadap isteri, manakala isterinya juga bermain kayu tiga di belakang suami. Apalah yang dibanggakan dengan harta kekayaan yang melimpah ruah tetapi hati tetap tidak senang malah selalu bimbang dan cemas kerana diburu orang ke mana pergi. Memadailah rezeki yang sedikit yang Allah kurniakan tetapi berkat. Memadailah dengan suami yang dijodohkan tiada rupa asalkan suami tersebut dapat memberi kebahagiaan di dunia dan lebih-lebih lagi Akihrat.



Posted by rayyan darwish at Monday, December 17, 2012

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Blog List

  • PANGLIMA RAYYAN SHOP - P.R.S
    Handbags style 2014
    11 years ago
  • Jeidiey Photography
    Gambar Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
    12 years ago

Feedjit


Wish List

watch G-shock
IPad2
blackberry/iphone
ipod touch
CAMERA DSLR
Ijazah
Paratrooper
Master

aku insan yang lemah

<---Dalam hati saya,

Ada seorang wanita..saya syg sngat dia...saya cintakan dia...bagi saya dialah wanita paling cantik dan indah yang pernah saya lihat ...saya x sanggup kehilangan dia...dia rindu saya dan saya rindu dia...bila dia senyum saya suka..bila dia gembira saya bahagia...saya sayang mak saya....♥

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2014 (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (12)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2012 (21)
    • ▼  December (4)
      • Patung Yesus Tertinggi di AS Disambar Petir Dan Te...
      • Kisah Julaibib
      • Kebenaran ayat Al-Quran...,subhanallah....,surah A...
      • Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  January (7)
  • ►  2011 (1)
    • ►  January (1)

Panglima clock


cursor

 

dashboard



Facebook




Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.