Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai di kalangan kita sukar untuk
membaca disebabkan ketakutan penghuraian ini akhirnya MATI.
Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan
Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan
kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma
amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita
kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihatkan dan menceritakan
kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi
sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali
rahimahullah diriwayatkan memperoleh tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu
menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau
menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta
kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau
telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas
tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian
mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya
Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang
diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan
bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun semua
tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala
orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan
terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada
Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada
mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu
dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau
seakan-akan menggigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan
bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati
bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang
setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan
kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja
tanpa sebarang manfaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan
dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari
pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu
dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan
bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya
berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di
antara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang
yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur
masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan
kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke
bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali
kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga
kita adalah di antara orang-orang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi
kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat
persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada dari Allah SWT
mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi
Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang
manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu sama ada doa dari kita
sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah
kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk
oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran
dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT sama ada di dunia mahupun
akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang
salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca
Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sembahyang
malam.
3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi
hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai
penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka
banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu
dapat jawapan kepadanya.
No comments:
Post a Comment