-->

Panglima Rayyan Blog


Get Your Own Scroller

Tuesday, March 19, 2013

PASUKAN KESELAMATAN SEDIA TENTANG HABIS-HABISAN PENGGANAS SULU

PASUKAN KESELAMATAN SEDIA TENTANG HABIS-HABISAN PENGGANAS SULU 

Lahad Datu, 18 Mac - Pasukan keselamatan akan terus memburu
saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu dan yakin dapat menumpaskan mereka dalam tempoh terdekat. 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang.

Beliau berkata pasukan keselamatan juga tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram yang disiar media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang gerila ke atas Malaysia.

"Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka
habis-habisan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Hamza berkata dua pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas pada hari ke-14 Operasi Daulat iaitu pada 8.05 pagi dan 9.45 pagi.

Menjawab pertanyaan wartawan stesen televisyen Filipina GMA 7 mengenai pasukan keselamatan mengambil kesempatan ke atas pengganas setelah Jamalul Kiram mengumumkan gencatan senjata, Hamza berkata pengganas terlebih dahulu menyerang
dan membunuh dua anggota polis serta mencederakan tiga lagi dalam pertempuran di Kampung Tanduo, dekat sini 1 Mac lepas.

"Kami tidak akan hormati kata Jamalul Kiram kerana pengikutnya menembak mati dua anggota polis, sedangkan sehari sebelum itu beliau umum gencatan senjata," katanya.

Hamza turut memberitahu bahawa Malaysia dan Filipina sedang berunding berhubung tuntutan mayat 28 pengganas yang ditembak mati dalam insiden pencerobohan itu.

Sementara itu, Ahmad Zaki berkata 12 kereta kebal berantai jenis Adnan milik tentera darat tiba di Felda Sahabat untuk membantu mengukuhkan pertahanan dan membanteras pengganas di Kampung Tanjung Batu.

"Kereta perisai itu juga bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih efektif kepada pasukan keselamatan dalam menggeledah kawasan dan mendominasi kawasan," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pasukan keselamatan yakin operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu akan selesai dalam masa dua atau tiga hari lagi sebelum penduduk dibenar pulang
ke rumah masing-masing.

"Operasi di Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo telah selesai dan kini dalam peringkat menentukan kerosakan yang dialami penduduk kampung," katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Mengenai tempoh Operasi Daulat, Zulkifeli berkata pasukan keselamatan tidak dapat memberi jangka waktu bila operasi itu akan berakhir. - BERNAMA
Posted by rayyan darwish at Tuesday, March 19, 2013

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Blog List

  • PANGLIMA RAYYAN SHOP - P.R.S
    Handbags style 2014
    11 years ago
  • Jeidiey Photography
    Gambar Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
    12 years ago

Feedjit


Wish List

watch G-shock
IPad2
blackberry/iphone
ipod touch
CAMERA DSLR
Ijazah
Paratrooper
Master

aku insan yang lemah

<---Dalam hati saya,

Ada seorang wanita..saya syg sngat dia...saya cintakan dia...bagi saya dialah wanita paling cantik dan indah yang pernah saya lihat ...saya x sanggup kehilangan dia...dia rindu saya dan saya rindu dia...bila dia senyum saya suka..bila dia gembira saya bahagia...saya sayang mak saya....♥

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2014 (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
  • ▼  2013 (12)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  April (2)
    • ▼  March (2)
      • PASUKAN KESELAMATAN SEDIA TENTANG HABIS-HABISAN PE...
      • Dua orang PERWIRA negara gugur di perbatasan
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (21)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  January (7)
  • ►  2011 (1)
    • ►  January (1)

Panglima clock


cursor

 

dashboard



Facebook




Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.