-->

Panglima Rayyan Blog


Get Your Own Scroller

Thursday, July 18, 2013

PRK Kuala Besut- Pegawai Polis Putus Kaki Kanan Dirempuh Kereta..





Kuala Besut, 17 Julai - Seorang pegawai polis trafik yang bertugas untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut putus kaki kanan setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira 4.40 petang itu, Insp Farid Hasni Mamat, 33, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, terhumban kira-kira 10 meter berhampiran tembok sekolah akibat impak rempuhan itu. 





Ketika kejadian mangsa bersama Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang ASP Zainalabidin Othman, 48, sedang melakukan rondaan berhampiran kawasan sekolah itu. 

Menurut Zainalabidin, selepas selesai melakukan pemeriksaan di sekolah tersebut, mereka berdua menuju ke Sekolah Kebangsaan Kampung Baru apabila sebuah kereta dari arah bertentangan dipandu laju memotong sebuah kenderaan lain. 


Katanya beliau yang berada kira-kira 50 meter di hadapan mangsa sempat mengelak kereta Proton Saga yang dipandu seorang pemuda berusia 19 tahun itu namun mangsa gagal berbuat demikian. 

Zainalabidin berkata selepas melanggar mangsa, kereta berkenaan yang hilang kawalan melanggar tembok pagar sekolah sehingga runtuh. 



"Melihat kejadian itu saya menghampiri mangsa dan melihat sebelah kaki mangsa putus dan dijumpai berhampiran tembok yang runtuh," katanya ketika ditemui di Hospital Besut, di sini. 

Menurutnya mereka berdua baru bertemu sejak Sabtu lepas dan ditugaskan untuk membantu kelancaran trafik sempena PRK DUN Kuala Besut. 

Mangsa yang berasal dari Kuala Ibai, Terengganu itu dikejarkan ke Hospital Besut dengan ambulan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut. Keadaannya kini dilaporkan stabil. 

Sementara itu Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Alias Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian kemalangan itu. 

Katanya suspek yang mengalami kecederaan ringan itu kini ditahan bagi membantu siasatan. - BERNAMA
Posted by rayyan darwish at Thursday, July 18, 2013 No comments:
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

My Blog List

  • PANGLIMA RAYYAN SHOP - P.R.S
    Handbags style 2014
    11 years ago
  • Jeidiey Photography
    Gambar Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
    12 years ago

Feedjit


Wish List

watch G-shock
IPad2
blackberry/iphone
ipod touch
CAMERA DSLR
Ijazah
Paratrooper
Master

aku insan yang lemah

<---Dalam hati saya,

Ada seorang wanita..saya syg sngat dia...saya cintakan dia...bagi saya dialah wanita paling cantik dan indah yang pernah saya lihat ...saya x sanggup kehilangan dia...dia rindu saya dan saya rindu dia...bila dia senyum saya suka..bila dia gembira saya bahagia...saya sayang mak saya....♥

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2014 (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
  • ▼  2013 (12)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ▼  July (1)
      • PRK Kuala Besut- Pegawai Polis Putus Kaki Kanan Di...
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (21)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  January (7)
  • ►  2011 (1)
    • ►  January (1)

Panglima clock


cursor

 

dashboard



Facebook




Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.