-->

Panglima Rayyan Blog


Get Your Own Scroller

Sunday, April 21, 2013

DUA KALIMAH


DUA KALIMAH INFO:
Producer :David Teoh, MIG Pictures Sdn Bhd
Director : Eyra Rahman
Language : Malay
Genre : Romance, Islamic
Classification : U
Release Date : 04 April 2013
Duration : 1 hour 30 minutes
Cast: Shaheizy Sam, Nora Danish, Yana Samsudin, Wan Hanafi Su, Siti Aziz, Adibah Yunus, Shima Anuar, Mikael Andre

Sinopsis : Dua Kalimah mengisahkan sepasang kekasih, Aiman (Shaheizy Sam) dan Selena (Nora Danish), gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman. Sepanjang perjalanan, mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang berlainan dan melihat azab diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana ketika hayat, si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.
Selena yang melihat kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat. Malah, Selena berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawanya kembali ke jalan Allah. Namun mereka semakin terpesong akidahnya. Aiman yang masih cintakan Humaira (Yana Samsudin) tidak mahu mengahwini Selena namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus bahawa mereka sudah berkahwin.
Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman anak kesayangan orang kampung disebabkan akhlaknya yang baik. Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad menceritakan hal sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya, Aiman mengugut Selena. Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas, malah dia juga sukar mengucapkan dua kalimah syahadah. Apakah nasib Aiman seterusnya? 







Posted by rayyan darwish at Sunday, April 21, 2013 No comments:

Kemalangan Maut di Faderal Highway 21/04/2013

.:: Kemalangan Ngeri ::.

TERKINI !!! 
info penuh mengenai 
LIMA MAUT KERETA REMPUH TIGA MOTOSIKAL BERHENTI DI LORONG KECEMASAN

Shah Alam, 21 April - Sebuah kereta yang dipecayai hilang kawalan
merempuh tiga motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di Km10.5 Lebuhraya Persekutuan awal hari ini, mengakibatkan lima orang maut di tempat kejadian.

Mangsa yang terbunuh termasuklah seorang penumpang kereta yang berhenti di untuk membantu mangsa kemalangan.

Mereka yang terbunuh dikenal pasti sebagai Muhammad Faridzuan Mohd Aziz, 21, Amirul Faiq Zainuddin, 22, Syahmie Farid Izzat Samsudin Shah, 21, kesemuanya penunggang motosikal dan pemandu kereta, Wilson Lee, 22, serta seorang penumpang kereta lain yang berhenti untuk memberi bantuan, M. Kalaychelven, 50.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata dalam kejadian pada 3 pagi itu, kereta yang dipandu Lee menghala ke Klang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tiga motosikal sedang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.

Rempuhan itu menyebabkan kereta berkenaan terbalik beberapa kali dan Lee terhumban keluar kira-kira 50 meter daripada keretanya.

Akibat kejadian itu Lee dan dua penunggang motosikal iaitu Muhammad Faridzuan dan Amirul Faiq mati di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan kaki.

"Pada masa sama, sebuah kereta lagi berhenti di lorong kecemasan dan penumpang belakangnya, Kalaychelven keluar untuk memberi bantuan kepada mangsa tetapi sebuah motosikal yang ditunggang Syahmie Farid Izzat tiba-tiba datangdari arah belakang, hilang kawalan dan melanggar Kalaychelven.

"Akibat perlanggaran itu, Syahmi Farid Izzat yang cedera parah di kepala dan Kalaychelven yang cedera parah di kepala dan putus kaki kiri, turut meninggal dunia di tempat kejadian," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kesemua mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk bedah siasat dan sudah dituntut oleh keluarga masing-masing.

Ditanya mengenai kemungkinan pemandu kereta yang hilang kawalan itu dalam keadaan mabuk, Zahedi berkata pihaknya telah mengambil contoh darah mangsa untuk ujian dan keputusannya hanya diketahui dalam tempoh dua minggu.

Beliau menyangkal dakwaan kononnya kesemua mangsa penunggang motosikal itu terlibat dalam aktiviti merempit sebelum kejadian itu.

Beliau turut menasihatkan semua penunggang motosikal supaya menggunakan lorong motosikal bagi menjamin keselamatan mereka.

"Bagi mereka yang ingin memberhentikan kereta untuk membantu mangsa kemalangan, mereka perlu mengutamakan keselamatan diri terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan membantu orang lain," katanya.

##Al-Fatihah..







Videonya...,
Kepada yg lemah semangat,kanak2 dan wanita2 yg mengandung..,anda dilarang sesekali melihat video ngeri ini.....,



Posted by rayyan darwish at Sunday, April 21, 2013 No comments:
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

My Blog List

  • PANGLIMA RAYYAN SHOP - P.R.S
    Handbags style 2014
    11 years ago
  • Jeidiey Photography
    Gambar Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
    12 years ago

Feedjit


Wish List

watch G-shock
IPad2
blackberry/iphone
ipod touch
CAMERA DSLR
Ijazah
Paratrooper
Master

aku insan yang lemah

<---Dalam hati saya,

Ada seorang wanita..saya syg sngat dia...saya cintakan dia...bagi saya dialah wanita paling cantik dan indah yang pernah saya lihat ...saya x sanggup kehilangan dia...dia rindu saya dan saya rindu dia...bila dia senyum saya suka..bila dia gembira saya bahagia...saya sayang mak saya....♥

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2014 (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
  • ▼  2013 (12)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ▼  April (2)
      • DUA KALIMAH
      • Kemalangan Maut di Faderal Highway 21/04/2013
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (21)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  January (7)
  • ►  2011 (1)
    • ►  January (1)

Panglima clock


cursor

 

dashboard



Facebook




Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.